Saturday, February 26, 2011

25 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Satu perkara yang agak lawak berlaku hari ni kat PRC. Tiba-tiba je pagi ni semua orang busy dengan kerja masing-masing. Ceritanya, macam biasa supervisor saya nak saya buat brabender pagi ni. Then, K.Wani datang tanya saya. "Nurul, free x?Tolong refill liquid nitrogen. Nanti ada orang dari Acumen nak datang ambik." Saya pun diam je. Nak cakap free pun tak free sebenarnya tapi tak sanggup nak cakap. Supervisor saya pun cakap," Nurul ada kerja sekarang" . Saya pun diam je la sambil senyum-senyum. K.Wani cakap pulak "Kita sharing guna dia kan." Aduh, dua orang ni, tengah berebut nak saya buat kerja pulak. Hihi..=p

Saya pulak yang serba salah jadinya. Kalau boleh nak buat dua-dua kerja tapi tak termampu pulak pada masa yang serentak. So, I have to make decision which one to do. Then, saya proceed run brabender. Maaf ye K.Wani, tak dapat tolong.huhu..=(

Agaknya K.Wani terasa hati tak, saya banyak kali jugak tak dapat buat kerja yang dia suruh. K.Wani, jangan merajuk ea. Risau pulak saya.~~

Moga segalanya baik-baik sahaja. Permudahkanlah segalanya, Ya Allah..

Thursday, February 24, 2011

24 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Kerja yang sama kembali lagi. Water absorption with hot press. Then,  saya cari bahan untuk report. Memang free la kan hari ni. Walaupun rasa bosan jugak buat benda yang sama tapi kita kena enjoy kan diri..
Walaupun apa pun yang kita lakukan, cuba ikhlaskan diri dan buat yang terbaik. Redha Allah jua yang kita harap. Moga hari esok saya mampu tersenyum lagi...(^_^)~

Wednesday, February 23, 2011

23 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Bila dah hari-hari drive nih, rasa bosan pulak. Tiap-tiap hari traffic jam memanjang. Pergi awal ke lewat ke tetap  jam...Aduh, kadang-kadang tu tension jugak. Kalau bawak kereta auto tak pe, ni kereta manual. Susah la sikit. Penat tukar gear. Sabar la wani ea..=)

Bila dah sampai Texchem, bermulalah kesibukan bekerja. Mengalahkan bos pulak. Macam biasa, after daily maintenance checkup, I did samples measurement of width and thickness. This sample is for tensile test. Then, I prepare samples for TGA test. Last but not least, brabender torque operation..

Dah mengantuk...=)

Tuesday, February 22, 2011

22 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Sejak dua tiga hari ni, saya betul-betul tak ada mood, asyik terasa hati dengan semua orang. Adakah sebab hormon tak stabil??Maybe...

Entahlah, segala-galanya serba tak kena. Tapi saya cuba berfikiran positif dan senyum..=)
Nampaknya saya semakin down. Mana semangat saya nih??Nak kerja pun macam malas je..huhu

Kerja hari ini agak mencabar sebab banyak kali fail buat brabender and hot press. Kena repeat balik banyak kali la jugak. Whatever, never give up!!

Walau apa pun masalahmu wani, jangan biarkan emosi mempengaruhi kerjamu..
Ya Allah, Tunjukkan hamba jika hamba salah...( T_T)

Thursday, February 17, 2011

17 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Allahuakhbar...I'm very busy today. Banyaknya kerja yang perlu dibuat.Supervisor saya nak buat satu eksperimen yang dinamakan biodegradable test. So, there is a lots of preparation need to be done.
Kerja yang K.Wani suruh buat pun tak siap lagi. Maaf ye k.wani, tak dapat tolong buat FTIR. I need to help my supervisor.

Kerja yang diberi banyak lagi yang tak siap. Esok sambung pulak..

Malam ni saya call parents minta kebenaran nak pergi program tapi abah tak bagi pulak. Ya Allah , betapa kecewanya hati..Tenangkan hatiku, Ya Allah. Hamba mohon petunjukMu. Sedihnyaa....=(

16 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Hari memang sangat penat sebab lepas kerja terus pergi main boling dengan K.Wani. Malam ni pulak hujan lebat sangat. Memang drive macam kura-kuralah..Tak nampak jalan + silau...=p

Truly, I not really enjoy the game. tak tahu kenapa. Rasa tak sedap hati. Bola tu asyik jatuh longkang je..huhu
Mungkin disebabkan kehadiran "seseorang" tu membuatkan saya tak selesa.

Saya rasa betul-betul tak selesa. Rasa macam nak lari je..huhu
Ya Allah, moga perkara ini tak berulang lagi, Sesungguhnya hamba rasa berdosa..Ya Allah,ampunkan hamba di atas kekhilafan ini...Amin.

Monday, February 14, 2011

14 FEB 2011

Bismillah wal hamdulillah..


Semakin hari saya rasa semakin ''down''. Tak tahu kenapa. Rasa tak semangat nak buat segala benda. Malas sangat. Mungkin sebab dah lama saya tak buat kerja-kerja Islam, tak mengikuti tarbiyah dan tak turun ke lapangan dakwah. Rindu sangat nak buat semua tu..


Emm...tak boleh jadi nih. Saya mesti lakukan sesuatu. Ya Allah, berilah petunjuk kepada hamba dalam menyusun gerak langkah hamba dalam kehidupan ini. Hamba amat memerlukan Mu Ya Rabb. Janganlah tinggalkan hamba walaupun sekejap....Amin

Friday, February 11, 2011

11 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Kerja agak serabut hari ni. Banyak sangat sampai saya tak tahu nak buat yang mana dulu. Hmm...pening jugak nak planning. Banyaknya test kena buat. Hari ni saya buat DMA test untuk dua sample sahaja. Then weight powder for 3 kg each for 6 bags. Tak sempat habis, bos saya ajak keluar pergi makan satu PRC. Satu perkara yang mengagumkan saya ialah staff PRC ni macam family. Kadang- kadang dua hingga tiga kali dalam sebulan mesti keluar lunch sama-sama. Benda ni lah yang akan mengeratkan hubungan antara staf antara satu sama lain. Mula- mula sampai kat area AUTOCITY tu ingatkan nak makan KFC, rupa-rupanya masuk kedai Sushi King. Aduh, boleh ke saya makan ni. Takut tak boleh nak telan pulak nanti. Bukan tak makan sushi, makan tapi ikut jenis jugak. Yang risaunya takut yang saya pesan nanti tak boleh nak makan. Nasibla set makanan yang saya pesan tu boleh dimakan. Maknanya ikut selera la. Cuma wasabi dan telur tu je tak makan. Wasabi tu boleh berasap hidung bila makan...=D

Then, after lunch sambung buat high speed mixer untuk enam samples..tapi saya sempat buat dua je sebab Miss Pang suruh weight samples and take pictures of samples..Akhirnya balik lambat jugak la..pukul 6.30 ptg. Hmm..next week ada kerja yang menanti yang belum disiapkan. Moga Allah permudahkan..(^_^)

Thursday, February 10, 2011

10 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...=)

Dah dua hari saya sakit kepala lepas balik dari kerja. Kepala rasa berat. So, tak dapat la update kerja terkini untuk 8hb dan 9hb. Hari ni dah ok..=)

Today, I got many works to do. Disebabkan ada 2 sample baru yang baru keluar, so banyakla test yang kena buat. Nama sample tak boleh bagitahu sebab ia adalah 'confidential'. Lagipun, saya pun tak ingat nama-nama sample tu, pelik-pelik. Lepas ni, bersedialah untuk prepare for tensile test, DMA test, DSC test, TGA test, moisture test, water absorption test untuk setiap sample...Fuh..~

Pening jugak sebab kadang-kadang confuse yang mana dah buat ke belum..banyak sangat sample..tapi saya tak kisah asalkan ada kerja nak buat..(^_^)

Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Monday, February 7, 2011

7 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Entah kenapa hari ni mood saya nak pergi kerja dah hilang...mana pergi semangat nih..Adakah saya sudah bosan dengan kerja...Oh..tidak~~
Tak boleh jadi nih..saya kena buat sesuatu...Hmm...
Kat PRC, kerja pun tak ada sangat hari ini sebab Miss Pang on leave lagi...Kerja yang Miss Pang bagi dah saya siapkan minggu lepas lagi sebelum Raya Cina..Haa..kan dah tak tahu nak buat apa...Disebabkan tak ada kerja,saya cuba buat sesuatu untuk mengisi masa..baca blog,tulis report..planning something~~

Apa yang saya planning ye?? Lebih kurang jadual untuk tarbiah diri sendiri..saya kena plan semula bergantung kepada keadaan saya yang bekerja sekarang..Masa yang amat terhad telah mengajar saya untuk mengurus masa dengan sebaiknya..Ya Rabb..bantulah hamba dalam menyusun masa dengan berkatMu..

Wednesday, February 2, 2011

1 FEB 2011

Bismillahi wal hamdulillah..


Sekejap sahaja dah masuk bulan Februari..cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar dah sebulan saya praktikal kat Texchem Polymers..kerja paling best hari ni ialah operate high speed mixer dalam processing lab..wah..macam sauna dalam lab tu..nak operate machine tu senang je...tapi yang susahnya masa nak cleaning..fuh..berpeluh-peluh..dekat setengah jam cleaning sahaja..ada 6 sample semuanya..huhu..sabar3..(-_-)