Bismillah walhamdulillah..
Kerja agak serabut hari ni. Banyak sangat sampai saya tak tahu nak buat yang mana dulu. Hmm...pening jugak nak planning. Banyaknya test kena buat. Hari ni saya buat DMA test untuk dua sample sahaja. Then weight powder for 3 kg each for 6 bags. Tak sempat habis, bos saya ajak keluar pergi makan satu PRC. Satu perkara yang mengagumkan saya ialah staff PRC ni macam family. Kadang- kadang dua hingga tiga kali dalam sebulan mesti keluar lunch sama-sama. Benda ni lah yang akan mengeratkan hubungan antara staf antara satu sama lain. Mula- mula sampai kat area AUTOCITY tu ingatkan nak makan KFC, rupa-rupanya masuk kedai Sushi King. Aduh, boleh ke saya makan ni. Takut tak boleh nak telan pulak nanti. Bukan tak makan sushi, makan tapi ikut jenis jugak. Yang risaunya takut yang saya pesan nanti tak boleh nak makan. Nasibla set makanan yang saya pesan tu boleh dimakan. Maknanya ikut selera la. Cuma wasabi dan telur tu je tak makan. Wasabi tu boleh berasap hidung bila makan...=D
Then, after lunch sambung buat high speed mixer untuk enam samples..tapi saya sempat buat dua je sebab Miss Pang suruh weight samples and take pictures of samples..Akhirnya balik lambat jugak la..pukul 6.30 ptg. Hmm..next week ada kerja yang menanti yang belum disiapkan. Moga Allah permudahkan..(^_^)
11:50 PM
Zahra Al-Jundi

0 comments:
Post a Comment