Saturday, February 26, 2011

25 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Satu perkara yang agak lawak berlaku hari ni kat PRC. Tiba-tiba je pagi ni semua orang busy dengan kerja masing-masing. Ceritanya, macam biasa supervisor saya nak saya buat brabender pagi ni. Then, K.Wani datang tanya saya. "Nurul, free x?Tolong refill liquid nitrogen. Nanti ada orang dari Acumen nak datang ambik." Saya pun diam je. Nak cakap free pun tak free sebenarnya tapi tak sanggup nak cakap. Supervisor saya pun cakap," Nurul ada kerja sekarang" . Saya pun diam je la sambil senyum-senyum. K.Wani cakap pulak "Kita sharing guna dia kan." Aduh, dua orang ni, tengah berebut nak saya buat kerja pulak. Hihi..=p

Saya pulak yang serba salah jadinya. Kalau boleh nak buat dua-dua kerja tapi tak termampu pulak pada masa yang serentak. So, I have to make decision which one to do. Then, saya proceed run brabender. Maaf ye K.Wani, tak dapat tolong.huhu..=(

Agaknya K.Wani terasa hati tak, saya banyak kali jugak tak dapat buat kerja yang dia suruh. K.Wani, jangan merajuk ea. Risau pulak saya.~~

Moga segalanya baik-baik sahaja. Permudahkanlah segalanya, Ya Allah..

0 comments:

Post a Comment