Friday, December 31, 2010

Kerja...kerjaa...

Bismillah..

Semalam (Rabu, 29 hb Dis 2010), first time drive kereta sorang2 pergi kerja...nervous jugak..dah la jalan kat penang selalu traffic jam..sabar je la..awal-awal pagi pun dh banyak kereta..tapi alhamdulillah sampai jugak kat Texchem Polymer dengan selamatnya..(^_^)

Semalam, tak banyak kerja sangat kat lab. Lepas buat daily check macam biasa terus sambung translate MSDS..agak bosan la..mengadap komputer je..sampai balik kerja..

Hari Khamis,30 hb..agak busy....awal-awal pagi buat daily checkup lagi...then translate MSDS sampai lunch hour..Lunch hari ni makan ramai-ramai kat kedai ikan bawal goreng tu..nama tempat tu tak tau apa dia..dekat dengan plantations..lepas habis makan,balik,solat then sambung MSDS lagi...
Dalam 2.30 pm, Miss Pang mintak tolong buat hot press untuk dia..I ok je..(^_^)
Pukul 3.00 pm, tinggal hot press kejap sebab ada training session for basic polymer lab testing..sebenarnya ni lecture oleh Dr. Mary tentang basic polymers..Banyak benda jugak tak faham apa yang Dr. Mary explain tu..tapi at least dapat la jugak sikit-sikit gambaran tentang polymers, instruments used in PRC (Polymer Research Centre), just need to revise and apply it right..=)
Dah lama tak dengar lecture, agak mengantuk..~~
Habis training 4.30 pm,sambung balik buat hot press. Untuk hot press ni guna polypropelene(PP) as samples..yang ni senang sikit..no need to do brabender after that only can do hot press.
But this time just put the PP on the mold plate then press it using hot press...
Said Miss Pang, this PP is hydrophobic material,so means that no need to dry in oven to remove the water..the result must be no bubbles at in the samples and transparent appearance. For the first, the sample resulting nice sheet but the next sample become not really nice since it seemed like not melted at all..
Entah la..tak tau kenapa jadi macam tu...X-file..Miss Pang asked me to find out why it become like that??Why ??

Hari ni cuti sempena kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki..ingatkan dh malas nak balik rumah..tapi mak suruh balik sebab cuti banyak hari so akhirnya sampai jugak kat rumah pagi Jumaat..(^_^)

Cuti Jumaat- Ahad ni saya kena manfaatkan sebaik mungkin. Banyak kerja nak kena siapkan nih..report LI..projek-projek yang tertangguh...hmm..
Perjuangan akan diteruskan...
Moga Allah permudahkan urusan hamba...Amin..

Tuesday, December 28, 2010

Back TO TEXCHEM...

Bismillah..

Sekejap je cuti dah kena kerja balik..=(
Planning masa cuti Sabtu,Ahad ni nak buat report LI tapi tak terbuat..pagi keluar pergi shopping dengan abang dan kakak ipar,malam tu tertidur awal la pulak..tiba-tiba je sakit kepala datang..memang tak boleh apa dah kecuali tidur..zzzzz

Hari Isnin semalam pagi-pagi macam biasa..buat daily checkup..then Miss Pang ajar guna cutter machine untuk cut sample yang dah buat hot press into dog bone shape..nampak macam senang..tapi bila nak buat tu,ada yang tak jadi bentuk " dog bone" dah..
Then Miss Pang ajar measure "dog bone" tu guna digimatic caliper..first time guna,macam best je..tak payah susah-susah nak tengok..dan tak ambil masa yang lama...

Overall, semalam banyak duduk kat ofis sebab kena translate MSDS yang English to Malay..pening jugak nak buat,guna Google translate bertambah-tambah pening,entah pa2 dia translate...

Hari ni pun sama...mengadap komputer je...sangat bosan..tapi ok la akhirnya dapat siapkan tiga dokumen...
ada banyak lagi nak kena translate ni...berbelas-belas..sabarlah
berpinar-pinar jugak mata ni..(@_@)

Yang bestnya hari ni saya drive sendiri kereta ke tempat kerja tapi abah ada kat sebelah..nervous jugak sebab banyak kereta...awal-awal pagi pun dah jam..penang2
Tapi esok kena drive sorang-sorang...Beranikan diri ok!!
Moga Allah memudahkan urusan dan perjalanan ku...Amin

Monday, December 27, 2010

MSDS...HOT PRESS..BRABINDER...

Bismillah...

Baru sekarang saya memahami perasaan orang yang bekerja...memang tak ada masa untuk benda-benda lain..
emm...ni baru praktikal..kalau dah betul-betul dah bekerja nanti..dah berkahwin..dah ada anak..macam mana la ye??

Saya tak sempat nak update blog diari LI saya pada khamis dan jumaat yang lepas sebab dah terlupa dan tak sempat nak tulis.Betul ke saya sangat-sangat sibuk??Alasan je tu..semua orang diberi masa 24 jam sehari. Terpulang kepada kita bagaimana kita mengurus masa dengan sebaiknya untuk perkara yang bermanfaat. Rasulullah Sallahualaihiwassalam sendiri sebagai manusia yang paling sibuk masih ada masa untuk Allah,diri,keluarga,masyarakat dan dakwah baginda,bagaimana saya pula?Tidak layak saya mengatakan saya begitu sibuk sehingga tidak ada masa untuk Allah, tidak ada masa untuk dakwah dan tidak ada masa untuk keluarga.Ya Allah, berilah hamba petunjuk dalam mengatur masa yang Engkau amanahkan dengan sebaiknya..Amin

So..kali ni saya nak cerita untuk kedua-dua hari sekali..
Untuk hari Khamis,23 Dis 2010,macam biasa sampai je awal-awal pagi terus buat daily checkup untuk Polymer Research Centre (PRC) Maintenance Checklist..dengan dipantau oleh K.Wani..
Kalau nak senaraikan list checkup ni banyak..salah satunya check purge gas,transfer liquid nitrogen dalam FTIR,check moisture balance..etc

Then,dalam pukul 9.30 pagi, buat scanning untuk dokumen MSDS(Material Safety Data Sheet) satu fail ke soft copy..sangat banyak..akhirnya berjaya jugak selesai..

Waktu lunch kawan-kawan sekerja bawak keluar pergi makan ramai-ramai kat mana entah..tak tau nama tempat dia..yang ingat dekat dengan kawasan kelapa sawit...yang pergi 9 orang..4 perempuan,5 lelaki..2 orang chinese man..sebenarnya segan jugak nak keluar dengan diorang ni tapi saya anggap ini sebagai peluang untuk mengeratkan ukhuwah dengan rakan-rakan sekerja..lagipun diorang ni semuanya sporting..
Masa makan tu memangla saya tak cakap apa-apa..dengar je diorang bersembang..sambil senyum-senyum..=)..Segan nak menyampuk..
Takpe-takpe,simpan dulu...

Lepas lunch, tolong K.Wani update MSDS balik yang dah scan tadi..pening jugak..nasib baik tak migrain..
Then, at about 4 pm,Miss Pang Meng Ming, researcher kat PRC yang tengah buat Phd nak ajar saya guna Hot Press and BraBinder Mixer...Yes!!Akhirnya boleh masuk lab..dah bosan kat depan komputer..
Mula-mula rasa macam susah jugak nak operate instruments tu..wajib kena pakai gloves 3 lapis,kalau tak melecur la tangan sebab kena pegang mold at temperature 175 degree celcius above..walaupun dah pakai 3 lapis...masih terasa lagi kepanasannya.
But it's very best because I learn new things again today..(^_^)

Rasanya tu je untuk hari khamis tu..

Hari Jumaat pulak...

Wahh...hari ni sepanjang hari dari pagi sampai petang kat lab..buat hot press and brabinder..saya buat hotpress,Henry buat brabinder mixer..Miss Pang pulak prepare formula untuk sample..kami cuma masukkan dalam mesin je..nampak macam senang tapi nak hasilkan yang betul-betul jadi tu memang susah...
Ada yang jadi,ada yang tak jadi..Whatever,I did try my best..


At least hari ini saya dapat belajar sesuatu yang baru...(^_^)

Thursday, December 23, 2010

DAY 3 : OFIS WORK..

Bismillahi walhamdulillah..

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah yang telah memberikan kita ruang untuk bernafas dengan udara pinjaman-Nya.

Hari ini hari ketiga saya berpraktikal di Texchem Polymers. Macam biasa,sayalah yang paling awal sampai kat ofis. Dah mengalahkan staf pulak..=)
Pagi ni saya kena buat daily checkup untuk lab..yang risaunya masa nak transfer liquid nitrogen tu,bukan setakat tangan je yang menggeletar..(dalam hati dup,dap,dup,dap..~).Bukan apa, first time nak buat,macam tu la..liquid nitrogen tu mudah meruap,FTIR pulak sangat sensitif..tapi akhirnya dapat juga melaksanakan tugas dengan lancarnya..Fuhh.(^_^)
Yang lain,biasa-biasa je. Check purge gas, moisture analyzer, cleanliness,…….and then DONE!! Selesai satu kerja..
Dalam pukul 11.30 pagi, K.Wani mintak tolong saya buat kerja.Apalagi..saya memang tak boleh duduk diam.Cepat bosan..So..saya pun berjalan-jalan di lab check labeling all instruments there…make labels using label printer..
Lepas lunch, sambung kerja tolong K.Wani bersihkan lab,check MSDS whether it is in chemical list or not…continued with scanning all MSDS document into soft copy..
So overall banyak buat kerja ofis la..macam mana nak guna mesin Photostat+scanning+fax+copy..
Yang penting masa tak terbuang dengan begitu sahaja..
Tomorrow the auditor will coming..so I’ll will be quite busy..maybe..=)
“Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya”



Tuesday, December 21, 2010

DAY 2 : IT..

Bismillahi..


Jadual pada hari ini agak menarik.Whatever it is, the important thing that I learn many new things..Begin with daily checkup of analytical lab and chemical lab at early 8.00 am, I follow K.Wani (assistant chemist) time by time to observe and learn whatever she done.At first, she taught me how to prepare sample of FTIR in solid resin. Every chemicals that will be used already have their own apparatus with the label of chemicals. For example, beaker A is only for hexane. So, any other chemicals cannot be filled into beaker A. This was done to avoid contamination. It's quite different with the methods that I always used when in the university. Then, I helped K.Wani to transfer the liquid nitrogen into the small container from the big one. Actually, the liquid nitrogen is very toxic so when handling this chemical, must wear special hand gloves. 


Tukar bahasa pulak..
Liquid nitrogen tu untuk FTIR. Bukan senang nak handle FTIR sebab ia sangat sensitif..kalau silap sikit, habis effect bacaan..
Then, check purge gas if empty or full, observe temperature of the room temperature..and many more..


At 9.20 am..I have meeting with my supervisor,Dr. Mary together with K.wani also..Dr. Mary had explained about our function in this PRC (Polymer Research Centre) including our responsibilities in the boundry..Basically, my jobs is under Advanced Testing Group together with Dr. Mary and K.Wani...
I'm quite nervous with this tasks but at the same quite excited to learn new things..(^_^)


After that, no more tasks to do..I just sit in front of computer and read some of polymers books..don't know what to do..after one hour sitting..I'm started get bored..


At 12.30 pm..lunch with K.wani..then pray..After that continued reading..huhu
Actually I want to do report but..idea not comes out..


Then,meeting again at 4.00 pm which was conducted by Dr. Mary.She presented about Aware Training for ISO coming auditor..There were a lots of information that I need to know in PRC..
Basically she explained about CCM(Chemical Control Team)...
Nampaknya,banyak benda saya nak kena cover ni..


Setakat itu sahaja diari untuk hari ini..Pengalaman hari ni sangat bermakna..cuma saya agak terkilan sebab tak buat satu benda hari ni..It's ok..
Hopefully I can do better tomorrow...(^_^)


"Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah"
Allahuakhbar!!

Monday, December 20, 2010

Day 1 : INDUSTRIAL TRAINING..

Pertama kali menjejakkan kaki di Texchem Polymer Sdn Bhd seawal pukul 7.30 pagi , saya meninjau keadaan sekeliling..memang besar company ni..memang awal sangat la kan..=)
Rasa nervous semacam la pulak..Ye la..belajar kos lain tapi praktikal kos lain,tak tahu la boleh survive ke tak. Moga Allah memudahkan urusan..Amin
Sepatutnya kena lapor diri pukul 8.30 pagi tapi disebabkan kak ipar saya kerja jugak, maka kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi supaya nanti tak terperangkap dengan “jam” kat jalan raya..Macam nak pergi sekolah la pulak..
Di sini ada dua bahagian, iaitu Texchem Polymer dan Texchem Pack dan saya telah ditempatkan di bahagian Polymer Research Centre. First of all, Mr. Chan Kah Fai telah membawa kami berjumpa semua staf PRC untuk berkenal-kenalan sambil membuat lawatan ke Analytical Lab, Synthetic Lab, Processing Lab dan banyak lagi(tak ingat dah). Then, kak wani iaitu assistant chemist kat situ bawak kami tengok-tengok equipment yang terdapat di semua lab dan bagaimana menggunakannya..Aduh..boleh dikatakan kebanyakan equipment saya tak pernah tengok dan apatah lagi nak operate..Rasa blur jugak..Lepas ni nampaknya kena la study polymer dari basic..=(
Banyak benda baru saya belajar hari ni walaupun tak ada kerja pun..Ada jugak saya tolong  student UTP ni buat test untuk plat sheet..Best jugak...=)
Lepas rehat pukul 1.30 petang, memang tak tahu nak buat apa.Supervisor saya agak busy, so tak dapatla nak bincang apa-apa dengan dia.Just duduk dan baca majalah company dan baca buku yang kak wani bagi..
Moga-moga esok lebih baik dan ceria dari hari ni dan ada kerja nak buat..)

Ya Allah, berkatilah pekerjaan hamba..
rahmatilah dan redailah perjuangan hamba di medan ini...
berilah kekuatan dan kesabaran kepada hamba untuk menempuh cabaran dalam kehidupan..
Bantulah hamba untuk menegakkan syariat Islam walau apa jua dugaan..
Amin..