Pertama kali menjejakkan kaki di Texchem Polymer Sdn Bhd seawal pukul 7.30 pagi , saya meninjau keadaan sekeliling..memang besar company ni..memang awal sangat la kan..=)
Rasa nervous semacam la pulak..Ye la..belajar kos lain tapi praktikal kos lain,tak tahu la boleh survive ke tak. Moga Allah memudahkan urusan..Amin
Sepatutnya kena lapor diri pukul 8.30 pagi tapi disebabkan kak ipar saya kerja jugak, maka kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi supaya nanti tak terperangkap dengan “jam” kat jalan raya..Macam nak pergi sekolah la pulak..
Di sini ada dua bahagian, iaitu Texchem Polymer dan Texchem Pack dan saya telah ditempatkan di bahagian Polymer Research Centre. First of all, Mr. Chan Kah Fai telah membawa kami berjumpa semua staf PRC untuk berkenal-kenalan sambil membuat lawatan ke Analytical Lab, Synthetic Lab, Processing Lab dan banyak lagi(tak ingat dah). Then, kak wani iaitu assistant chemist kat situ bawak kami tengok-tengok equipment yang terdapat di semua lab dan bagaimana menggunakannya..Aduh..boleh dikatakan kebanyakan equipment saya tak pernah tengok dan apatah lagi nak operate..Rasa blur jugak..Lepas ni nampaknya kena la study polymer dari basic..=(
Banyak benda baru saya belajar hari ni walaupun tak ada kerja pun..Ada jugak saya tolong student UTP ni buat test untuk plat sheet..Best jugak...=)
Lepas rehat pukul 1.30 petang, memang tak tahu nak buat apa.Supervisor saya agak busy, so tak dapatla nak bincang apa-apa dengan dia.Just duduk dan baca majalah company dan baca buku yang kak wani bagi..
Moga-moga esok lebih baik dan ceria dari hari ni dan ada kerja nak buat..)
Ya Allah, berkatilah pekerjaan hamba..
rahmatilah dan redailah perjuangan hamba di medan ini...
berilah kekuatan dan kesabaran kepada hamba untuk menempuh cabaran dalam kehidupan..
Bantulah hamba untuk menegakkan syariat Islam walau apa jua dugaan..
Amin..
11:35 PM
Zahra Al-Jundi

0 comments:
Post a Comment