Monday, December 27, 2010

MSDS...HOT PRESS..BRABINDER...

Bismillah...

Baru sekarang saya memahami perasaan orang yang bekerja...memang tak ada masa untuk benda-benda lain..
emm...ni baru praktikal..kalau dah betul-betul dah bekerja nanti..dah berkahwin..dah ada anak..macam mana la ye??

Saya tak sempat nak update blog diari LI saya pada khamis dan jumaat yang lepas sebab dah terlupa dan tak sempat nak tulis.Betul ke saya sangat-sangat sibuk??Alasan je tu..semua orang diberi masa 24 jam sehari. Terpulang kepada kita bagaimana kita mengurus masa dengan sebaiknya untuk perkara yang bermanfaat. Rasulullah Sallahualaihiwassalam sendiri sebagai manusia yang paling sibuk masih ada masa untuk Allah,diri,keluarga,masyarakat dan dakwah baginda,bagaimana saya pula?Tidak layak saya mengatakan saya begitu sibuk sehingga tidak ada masa untuk Allah, tidak ada masa untuk dakwah dan tidak ada masa untuk keluarga.Ya Allah, berilah hamba petunjuk dalam mengatur masa yang Engkau amanahkan dengan sebaiknya..Amin

So..kali ni saya nak cerita untuk kedua-dua hari sekali..
Untuk hari Khamis,23 Dis 2010,macam biasa sampai je awal-awal pagi terus buat daily checkup untuk Polymer Research Centre (PRC) Maintenance Checklist..dengan dipantau oleh K.Wani..
Kalau nak senaraikan list checkup ni banyak..salah satunya check purge gas,transfer liquid nitrogen dalam FTIR,check moisture balance..etc

Then,dalam pukul 9.30 pagi, buat scanning untuk dokumen MSDS(Material Safety Data Sheet) satu fail ke soft copy..sangat banyak..akhirnya berjaya jugak selesai..

Waktu lunch kawan-kawan sekerja bawak keluar pergi makan ramai-ramai kat mana entah..tak tau nama tempat dia..yang ingat dekat dengan kawasan kelapa sawit...yang pergi 9 orang..4 perempuan,5 lelaki..2 orang chinese man..sebenarnya segan jugak nak keluar dengan diorang ni tapi saya anggap ini sebagai peluang untuk mengeratkan ukhuwah dengan rakan-rakan sekerja..lagipun diorang ni semuanya sporting..
Masa makan tu memangla saya tak cakap apa-apa..dengar je diorang bersembang..sambil senyum-senyum..=)..Segan nak menyampuk..
Takpe-takpe,simpan dulu...

Lepas lunch, tolong K.Wani update MSDS balik yang dah scan tadi..pening jugak..nasib baik tak migrain..
Then, at about 4 pm,Miss Pang Meng Ming, researcher kat PRC yang tengah buat Phd nak ajar saya guna Hot Press and BraBinder Mixer...Yes!!Akhirnya boleh masuk lab..dah bosan kat depan komputer..
Mula-mula rasa macam susah jugak nak operate instruments tu..wajib kena pakai gloves 3 lapis,kalau tak melecur la tangan sebab kena pegang mold at temperature 175 degree celcius above..walaupun dah pakai 3 lapis...masih terasa lagi kepanasannya.
But it's very best because I learn new things again today..(^_^)

Rasanya tu je untuk hari khamis tu..

Hari Jumaat pulak...

Wahh...hari ni sepanjang hari dari pagi sampai petang kat lab..buat hot press and brabinder..saya buat hotpress,Henry buat brabinder mixer..Miss Pang pulak prepare formula untuk sample..kami cuma masukkan dalam mesin je..nampak macam senang tapi nak hasilkan yang betul-betul jadi tu memang susah...
Ada yang jadi,ada yang tak jadi..Whatever,I did try my best..


At least hari ini saya dapat belajar sesuatu yang baru...(^_^)

0 comments:

Post a Comment