Sunday, March 6, 2011

6 MARCH 2011..TEXCHEM BOWLING TOURNAMENT

Bismillah walhamdulillah...

Alhamdulillah...tournament bowling hari berakhir dengan jayanya. Saya rasa enjoy bermain walaupun 1st and 2nd game tidak berapa baik. Tapi 3rd game tak sangka pulak dapat 112 marks. Atas kuasa Allah jua..=)
Dan perkara yang amat mengejutkan saya ialah group saya dapat tempat ke-2 dan saya dapat top bowlers for female..Emm..really I can believed. Memang sangat tak sangka dapat top bowlers..Segala puji dari Allah atas kurniaan ini..Moga kejayaan ini jauh daripada fitnah dan mendapat keredhaan-Nya jua..

Rutin harian dah kembali seperti biasa. No more bowling training and I will not come back lately anymore..hopefully...dah penat..huhu
It's time for me to focus back to my obligation and responsibility as caliph..There are many works to do..
Actually, my focus is out of control and I'm quite confused how to start..Ya Allah, moga Engkau permudahkan...
You Alone we worship,and You Alone we seek help from...

Saturday, February 26, 2011

25 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Satu perkara yang agak lawak berlaku hari ni kat PRC. Tiba-tiba je pagi ni semua orang busy dengan kerja masing-masing. Ceritanya, macam biasa supervisor saya nak saya buat brabender pagi ni. Then, K.Wani datang tanya saya. "Nurul, free x?Tolong refill liquid nitrogen. Nanti ada orang dari Acumen nak datang ambik." Saya pun diam je. Nak cakap free pun tak free sebenarnya tapi tak sanggup nak cakap. Supervisor saya pun cakap," Nurul ada kerja sekarang" . Saya pun diam je la sambil senyum-senyum. K.Wani cakap pulak "Kita sharing guna dia kan." Aduh, dua orang ni, tengah berebut nak saya buat kerja pulak. Hihi..=p

Saya pulak yang serba salah jadinya. Kalau boleh nak buat dua-dua kerja tapi tak termampu pulak pada masa yang serentak. So, I have to make decision which one to do. Then, saya proceed run brabender. Maaf ye K.Wani, tak dapat tolong.huhu..=(

Agaknya K.Wani terasa hati tak, saya banyak kali jugak tak dapat buat kerja yang dia suruh. K.Wani, jangan merajuk ea. Risau pulak saya.~~

Moga segalanya baik-baik sahaja. Permudahkanlah segalanya, Ya Allah..

Thursday, February 24, 2011

24 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Kerja yang sama kembali lagi. Water absorption with hot press. Then,  saya cari bahan untuk report. Memang free la kan hari ni. Walaupun rasa bosan jugak buat benda yang sama tapi kita kena enjoy kan diri..
Walaupun apa pun yang kita lakukan, cuba ikhlaskan diri dan buat yang terbaik. Redha Allah jua yang kita harap. Moga hari esok saya mampu tersenyum lagi...(^_^)~

Wednesday, February 23, 2011

23 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Bila dah hari-hari drive nih, rasa bosan pulak. Tiap-tiap hari traffic jam memanjang. Pergi awal ke lewat ke tetap  jam...Aduh, kadang-kadang tu tension jugak. Kalau bawak kereta auto tak pe, ni kereta manual. Susah la sikit. Penat tukar gear. Sabar la wani ea..=)

Bila dah sampai Texchem, bermulalah kesibukan bekerja. Mengalahkan bos pulak. Macam biasa, after daily maintenance checkup, I did samples measurement of width and thickness. This sample is for tensile test. Then, I prepare samples for TGA test. Last but not least, brabender torque operation..

Dah mengantuk...=)

Tuesday, February 22, 2011

22 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Sejak dua tiga hari ni, saya betul-betul tak ada mood, asyik terasa hati dengan semua orang. Adakah sebab hormon tak stabil??Maybe...

Entahlah, segala-galanya serba tak kena. Tapi saya cuba berfikiran positif dan senyum..=)
Nampaknya saya semakin down. Mana semangat saya nih??Nak kerja pun macam malas je..huhu

Kerja hari ini agak mencabar sebab banyak kali fail buat brabender and hot press. Kena repeat balik banyak kali la jugak. Whatever, never give up!!

Walau apa pun masalahmu wani, jangan biarkan emosi mempengaruhi kerjamu..
Ya Allah, Tunjukkan hamba jika hamba salah...( T_T)

Thursday, February 17, 2011

17 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Allahuakhbar...I'm very busy today. Banyaknya kerja yang perlu dibuat.Supervisor saya nak buat satu eksperimen yang dinamakan biodegradable test. So, there is a lots of preparation need to be done.
Kerja yang K.Wani suruh buat pun tak siap lagi. Maaf ye k.wani, tak dapat tolong buat FTIR. I need to help my supervisor.

Kerja yang diberi banyak lagi yang tak siap. Esok sambung pulak..

Malam ni saya call parents minta kebenaran nak pergi program tapi abah tak bagi pulak. Ya Allah , betapa kecewanya hati..Tenangkan hatiku, Ya Allah. Hamba mohon petunjukMu. Sedihnyaa....=(

16 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Hari memang sangat penat sebab lepas kerja terus pergi main boling dengan K.Wani. Malam ni pulak hujan lebat sangat. Memang drive macam kura-kuralah..Tak nampak jalan + silau...=p

Truly, I not really enjoy the game. tak tahu kenapa. Rasa tak sedap hati. Bola tu asyik jatuh longkang je..huhu
Mungkin disebabkan kehadiran "seseorang" tu membuatkan saya tak selesa.

Saya rasa betul-betul tak selesa. Rasa macam nak lari je..huhu
Ya Allah, moga perkara ini tak berulang lagi, Sesungguhnya hamba rasa berdosa..Ya Allah,ampunkan hamba di atas kekhilafan ini...Amin.

Monday, February 14, 2011

14 FEB 2011

Bismillah wal hamdulillah..


Semakin hari saya rasa semakin ''down''. Tak tahu kenapa. Rasa tak semangat nak buat segala benda. Malas sangat. Mungkin sebab dah lama saya tak buat kerja-kerja Islam, tak mengikuti tarbiyah dan tak turun ke lapangan dakwah. Rindu sangat nak buat semua tu..


Emm...tak boleh jadi nih. Saya mesti lakukan sesuatu. Ya Allah, berilah petunjuk kepada hamba dalam menyusun gerak langkah hamba dalam kehidupan ini. Hamba amat memerlukan Mu Ya Rabb. Janganlah tinggalkan hamba walaupun sekejap....Amin

Friday, February 11, 2011

11 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah..

Kerja agak serabut hari ni. Banyak sangat sampai saya tak tahu nak buat yang mana dulu. Hmm...pening jugak nak planning. Banyaknya test kena buat. Hari ni saya buat DMA test untuk dua sample sahaja. Then weight powder for 3 kg each for 6 bags. Tak sempat habis, bos saya ajak keluar pergi makan satu PRC. Satu perkara yang mengagumkan saya ialah staff PRC ni macam family. Kadang- kadang dua hingga tiga kali dalam sebulan mesti keluar lunch sama-sama. Benda ni lah yang akan mengeratkan hubungan antara staf antara satu sama lain. Mula- mula sampai kat area AUTOCITY tu ingatkan nak makan KFC, rupa-rupanya masuk kedai Sushi King. Aduh, boleh ke saya makan ni. Takut tak boleh nak telan pulak nanti. Bukan tak makan sushi, makan tapi ikut jenis jugak. Yang risaunya takut yang saya pesan nanti tak boleh nak makan. Nasibla set makanan yang saya pesan tu boleh dimakan. Maknanya ikut selera la. Cuma wasabi dan telur tu je tak makan. Wasabi tu boleh berasap hidung bila makan...=D

Then, after lunch sambung buat high speed mixer untuk enam samples..tapi saya sempat buat dua je sebab Miss Pang suruh weight samples and take pictures of samples..Akhirnya balik lambat jugak la..pukul 6.30 ptg. Hmm..next week ada kerja yang menanti yang belum disiapkan. Moga Allah permudahkan..(^_^)

Thursday, February 10, 2011

10 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...=)

Dah dua hari saya sakit kepala lepas balik dari kerja. Kepala rasa berat. So, tak dapat la update kerja terkini untuk 8hb dan 9hb. Hari ni dah ok..=)

Today, I got many works to do. Disebabkan ada 2 sample baru yang baru keluar, so banyakla test yang kena buat. Nama sample tak boleh bagitahu sebab ia adalah 'confidential'. Lagipun, saya pun tak ingat nama-nama sample tu, pelik-pelik. Lepas ni, bersedialah untuk prepare for tensile test, DMA test, DSC test, TGA test, moisture test, water absorption test untuk setiap sample...Fuh..~

Pening jugak sebab kadang-kadang confuse yang mana dah buat ke belum..banyak sangat sample..tapi saya tak kisah asalkan ada kerja nak buat..(^_^)

Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Monday, February 7, 2011

7 FEB 2011

Bismillah walhamdulillah...

Entah kenapa hari ni mood saya nak pergi kerja dah hilang...mana pergi semangat nih..Adakah saya sudah bosan dengan kerja...Oh..tidak~~
Tak boleh jadi nih..saya kena buat sesuatu...Hmm...
Kat PRC, kerja pun tak ada sangat hari ini sebab Miss Pang on leave lagi...Kerja yang Miss Pang bagi dah saya siapkan minggu lepas lagi sebelum Raya Cina..Haa..kan dah tak tahu nak buat apa...Disebabkan tak ada kerja,saya cuba buat sesuatu untuk mengisi masa..baca blog,tulis report..planning something~~

Apa yang saya planning ye?? Lebih kurang jadual untuk tarbiah diri sendiri..saya kena plan semula bergantung kepada keadaan saya yang bekerja sekarang..Masa yang amat terhad telah mengajar saya untuk mengurus masa dengan sebaiknya..Ya Rabb..bantulah hamba dalam menyusun masa dengan berkatMu..

Wednesday, February 2, 2011

1 FEB 2011

Bismillahi wal hamdulillah..


Sekejap sahaja dah masuk bulan Februari..cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar dah sebulan saya praktikal kat Texchem Polymers..kerja paling best hari ni ialah operate high speed mixer dalam processing lab..wah..macam sauna dalam lab tu..nak operate machine tu senang je...tapi yang susahnya masa nak cleaning..fuh..berpeluh-peluh..dekat setengah jam cleaning sahaja..ada 6 sample semuanya..huhu..sabar3..(-_-)

Monday, January 31, 2011

31 Jan 2011

Bismillah wal hamdulillah..


Banyak benda yang difikirkan dalam kepala..Risau dengan diri sendiri yang semakin jauh dari usrah dan tarbiah,risau dengan sahabat-sahabat seperjuangan di kampus,risau dengan adik-adik kesayangan di kampus..apa khabar antum semua di sana?Baik-baik sahajakah?Bagaimana dengan usrah?Berjalan lancar tak?


Waktu kerja tadi pun teringat kat sahabat-sahabat di kampus..Sungguh,saya merindui kalian sahabat..huhu~
Cerita pasal kerja..tak ada apa yang best nak diceritakan...macam biasa..buat daily check up, water absorption test weight measurement and filtration fibre..


............

Saturday, January 29, 2011

DAH MACAM ROBOT...=)

26 JAN 2011


Bismillahi walhamdulillah...


Hari ni tak berapa sihat lagi tapi alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk saya meneruskan kerja..=)
Kerja macam biasa..daily checklist maintainance but then yang bestnya operate brabender and hot press for 6 samples..dua instruments ni memang kena tahan panas sebab temperature above 170 degree celcius..walaupun dah pakai gloves 3 lapis, still rasa kepanasannya...tu baru panas dunia..macam mana la nanti bila kat akhirat..Allahuakbar..Hanya kepadaMu hamba berharap...


27 JAN 2011


Hari ni saya kerja macam robot..=D..ada 2 instruments kena handle on the same time...first I'm did hot press,then DMA (Dynamic Mechanical Analyzer) and High Speed Mixer and also Moisture Analyzer...fuh memang macam robot la..sekejap pergi tengok instrument ni,then other instrument..tapi tak kisah la..saya enjoy the day..and learn new things today that is High Speed Mixer..actually this machine is to mix the powder or resins in high speed..tak susah sangat la nak operate..cuma tak cukup tinggi nak capai suis on dia..huhu..that is my weakness..


28 JAN 2011


Penatnya hari ni...banyak sangat kerja..dari pagi sampai petang tak henti-henti..tapak tangan kanan saya rasa sakit pulak..mungkin sebab hot press semalam..ok, antara kerja yang saya buat hari ni..first,daily maintainance macam biasa..then continued DMA lagi dua sample,sementara tunggu DMA run..measured weight for water absorption test and buat moisture analysis for 4 samples..habis measuring pulak operate high speed mixer..part yang paling susah nak ialah bila nak cleaning high speed mixer ni...kena cuci betul-betul..bila habis HSM terus buat filtration process...yang tak bestnya filtration tu sangat lambat walaupun guna vacuum...Memang sabar la buat benda ni..=)

Tuesday, January 25, 2011

25 JAN 2011...

Bismillah walhamdulillah...

Segala puji hanyalah bagi Allah yang memberi saya kekuatan untuk drive sendiri pergi kerja walaupun demam dengan selsema dan batuk yang tak henti-henti...Allahuakbar..saya pun tak percaya mampu lagi buat kerja...Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah..=)

Kerja saya hari ni tak banyak sangat..lepas buat daily check up, terus buat weight measurement for water absorption test..this test to know how percentage the polymers samples can absorb water..actually this test takes  a few months..maybe 6 months depends on the result until it constant..so I have to measure the weight everyday...~

Then, after lunch dah tak ada kerja dah..saya pun carilah kerja daripada duduk dalam ofis..boring..~~
Masuk lab potong teflon..then do sample preparation for DSC (Dynamic Scanning Colorimeter)..agak kena bersabar nak buat sebenarnya..the difficult part is to cut the samples into the smallest one..like sugar cube..too small..That's all

Semakin hari saya rasa kehidupan saya tak tersusun dengan baik..Ya Allah, nak buat macam mana nih..nak susun masa dengan sebaiknya..kerja dari pagi sampai petang..mana masa untuk hafal Quran dan Hadis,baca buku, buat bisnes internet, belajar website, nak prepare bahan lagi...banyaknya kerja nak buat tapi nak selit kat mana nih...Berilah hamba petunjuk Ya Allah...

Monday, January 24, 2011

24 Jan 2011

Bismillah....

Subhanallah...Bangun je pagi..rasa demam semacam..macam mana pun saya gagahkan diri pergi jugak kerja..sikit je tu..Allah bagi ujian sakit sikit je takkan dah mengalah kan...tak boleh buat kerja kan...Hari ni memang tak ada mood nak buat kerja sebab rasa tak sihat...pening semacam..tapi masa kerja hari ni belajar operate high speed mixer tapi tak boleh run sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan..machine problem..tak sempat nak berkenaln dengan lebih rapat lagi dengan machine tu..next time la ea...=)

Next aktiviti ada training how to operate mini  jet tapi saya tak join pun...=(
tak tahu la rasa tak ada mood nak dengar...pening..tak pe la.. next time la ea...Walaupun tak sihat tapi ok la boleh buat kerja lagi...Segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan...=)

Moga esok saya lebih sihat..insyallah..=)

Saturday, January 22, 2011

21 Jan 2011

Bismillah...

Hari yang tak ada mood...dari pagi lagi,tak tahu la kenapa...adakah sebab semalam saya terasa hati dengan sahabat yang dikasihi??ye la kot...
Wahai sahabat saya yang sangat saya sayangi, diri ini tidak bermaksud untuk melukai hatimu..cuma kukesal dengan sikapmu..saya cuma ingin yang terbaik buatmu,mungkin cara saya salah,mungkin saya terlalu mengikut emosi...maafkan saya..sahabat..(-_-)..

Nothing special to tell about my work..I did the same task..daily laboratory check up, helped my supervisor to measure weight and dried samples in vacuum oven...

Hari ni dapat elaun kerja..hehe..dapat2 terus pergi bank in lepas kerja..malas nak simpan..nanti lupa pulak letak kat mana...then terus balik rumah,jalan sangat jam..sampai lewat jugak la kat rumah..pukul 7.30 malam..

Thursday, January 20, 2011

MOODY...

Bismillahi...

Hari ni tak ada mood langsung nak buat kerja...rasa malas..buat daily check up je hari ni...then duduk dalam ofis, buat report sambil main-main..bosan jugak..nak tnya K.wani ada kerja tak..tak jadi tanya tengok K.Wani busy sangat...nampak tension pulak tu...tak pe la..
Sampailah petang mengadap komputer..hoho..
Esok cuti Thaipusam..lega sikit..boleh buat kerja yang terbantut...

Friday, January 14, 2011

Bermusafir ke Melaka...

Bismillah...
Hari ini kerja agak tension...tapi malam ni saya nak pergi Melaka untuk program...Moga hamba selamat sampai Ya Allah...Amin

Thursday, January 13, 2011

Bismillah walhamdulillah...

12 Jan 2011
Rasa macam bosan pulak...asyik cerita benda yang sama je..emmm...sekarang ni rutin harian saya dah berubah,pagi dari pukul 8.30 pagi sampai 6 petang,kerja..balik rumah,makan terus tidur...tak best langsung..bila la nak ada ruang untuk membaca buku-buku ilmiah sambil menambah ilmu??
Semua orang ada masa 24 jam je sehari, tak ada yang lebih, tak ada yang kurang..terpulanglah kepada kita macam mana nak mengurus masa dengan sebaiknya...Planning the time..
Hari ni kerja macam biasa,daily check up, do cutting for 160 samples...wah,sangat banyak...

13 Jan 2011

Hari ni ada buat satu kerja yang lain, which is cleaning the aluminium pans...sebelum ni belajar basuh je guna distilled water tapi yang ni ada step by step to clean the pans..Hari baru sempat buat dua step..sambung esok pulak...

Tuesday, January 11, 2011

MigRAIN oH MiGraIN...

Bismillah...

Alhamdulillah,akhirnya masalah accident semalam dapat diselesaikan dengan cara yang baik..tuan punya kereta pun sporting je...boleh dibawak berbincang...kelam kabutnya hari ni...banyak benda yang nak dibuat..daily checkup, continue DMA and measuring samples..nothing interesting to story..

Sampai je rumah,kepala dah mula rasa sakit...=(...nasib tak sakit masa drive tadi..
Agaknya sebab banyak exposed dengan chemicals kot...entahlah dah lama sakit kepala ni tak datang..
Ya Allah, sembuhkan hamba..Tiada upaya melainkan dengan izin Allah...

Monday, January 10, 2011

BAD DAY...

tBismillahi...

Hari ini saya rasa sangat malas nak pergi kerja..tak sedap hati..patutla..rupa-rupanya sesuatu yang buruk telah berlaku dengan sangat pantas...Ya Allah, apakah hikmah disebalik semua ini...?Berikan hamba petunjuk...
Pagi tadi sangat jam...sepanjang jalan kat highway..dalam hati dh getaq..dah la banyak bukit..tiba-tiba kereta ni stop kat bukit..aduh, tak tau nak buat apa..huhu..Tapi alhamdulillah..akhirnya sampai jugak kat Texchem dengan selamat...tu baru halangan pertama..Sampai-sampai tepat 8.30 pagi...nasib baik...
Then,dengan kalutnya saya start buat daily checkup...sebab dah lambat k.wani dah buat separuh dari checklist tu  sambil-sambil explain kat Chai Yin,new chemist..tinggal nak refill liquid nitrogen and calibrate analytical balance je...

Then,sambung buat DMA yang Miss Pang suruh..lepas tu nak tukar gas tapi tak sempat sebab tiba-tiba ada training untuk DSC 8000 pulak...kenapa baru dapat information nih...tak sempat nak tukar gas terus masuk bilik meeting...lama jugak training ni...dari pukul 10 pagi sampai 12.30 tengah hari..tapi tak habis lagi sambung lepas lunch pulak..Orang yang bagi talk ni wakil dari Perkin Elmer,supplier DSC 8000...boleh dikatakan 60% saya tak faham apa yang dia explain...new terms,new words..oh, I got blur..nak buat camna..dengar je la..
Untill 12.30 pm...go for lunch...hari ni semua staff PRC bersama wakil dari PE makan sama-sama kat Secret Recipe..bestnya ada orang belanja...sebenarnya saya agak segan...makan depan lelaki...tak pernah-pernah pun sebelum ni saya makan depan lelaki dekat-dekat camtu...malunya Ya Allah..betul ke apa yang hamba buat ni??ampuni hamba jika perbuatan hamba ini salah..hamba tak tahu nak buat apa...
Banyaknya dosa saya hari ni Ya Allah...

Then,masuk balik pukul 2.30 pm,kalau keluar dengan bos selalunya masuk lambat macam ni la..
Sambung balik lecture training sampai 3.30 petang..Lepas lecture,ada practical training operation of DSC 8000..turun pulak lab analytical..saya pulak sambung buat DMA balik sambil-sambil join practical tu..
boleh la faham jugak...sampai 6.30 pm...balik..

Yang sedihnya,waktu nak balik...kereta saya terlanggar dengan satu kereta wira masa nk keluar parking...ingatkan lepas..YA ALLAH, apakah hikmah disebalik semua ni...hari ni serba-serbi tak kena..lepas terlanggar tu memang saya gelabah gila terus balik...tak boleh nak fikir dah...teruk jugak belakang kereta wira tu...sampai pecah  dia punya boot..aduh...sapa nak tolong saya nih...
lepas tu baru sedar tak patut la saya terus balik camtu je..sepatutnya jumpa tuan punya kereta dulu mintak maaf....tapi disebabkan gelabah sangat,terus balik...=(

Harap-harap owner kereta tu tak marah sangat dan yang penting tak buat police report...Ya Allah hanya kepadaMu hamba berserah dan meminta pertolongan...Lembutkan hatinya...Esok saya mesti at least letak mesej kat kereta owner tu minta maaf dan nak bayar ganti rugi...

Hari yang tak berapa baik...
Hopefully tomorow everything will be fine..La Haulawala quwwataillah billah...

Saturday, January 8, 2011

PENING + TENSION..

6 HB JAN 2011

Penatnya kerja...keluar rumah pukul 7 pagi balik 6 petang..waktu bila saya nak join program nih..
Bila balik kerja,makan dan lepas isyak terus "belayar"...=)
dah tak larat nak buat apa dah...tak bestnya kalau hari-hari macam ni...bosan jugak..
bila nak baca buku haraki nih??
bila nak belajar affiliate nih?
bila nak berusrah nih?

tak baik merungut nih..sepatutnya saya mencari jalan penyelesaian dalam pengurusan masa yang sebetulnya
tapi boleh ke saya membahagikn masa dengan sebaiknya?..Ya Allah..banyaknya amanah yang tidak terlaksana lagi..

Amanah sebagai hamba Allah,anak, sahabat dan mahasiswa...
Baru praktikal, belum kerja betul-betul lagi..ni la cabaran bila dah bekerja..kalau dah kahwin nanti tak tahu la..lagi banyak tanggungjawab yang menanti..

Hari ni nak kata kerja banyak tak jugak,banyak tunggu ada la..lepas buat daily maintainance check up macam biasa,terus buat DMA...lepas tu kena tunggu 1 jam 30 min pulak untuk sample yang seterusnya..bajet 2 jam jugak la untuk satu sample..nak tunggu temperature turun lagi...

Then, kena cut sample lagi..banyaknya..sample ni baru sampai dari Japan, terus kena cut dulu..then measure untuk buat test...yang tu je kot...

7 hb Jan 2011

Hari ini hari jumaat..sambung buat kerja semalam yang tak habis-habis lepas daily checkup...=)
DMA..start and wait...again and again...weighing the samples...weight and weight again...I got confused why the weight increase and increase again non stop..dah fed up pulak buat benda ni...
tapi ok la sebab hari ni sempat buat 4 samples untuk DMA,ada lagi 7 samples..sambung next week pulak...huhu

Wednesday, January 5, 2011

So tired...=(

Bismillah..


Hari ini saya dah mula rasa penat..sakit belakang,sakit pingganglah..nasib tak migrain je..kalau migrain datang tak tau boleh drive balik ke tak...
Hari ni sangat banyak kerja..hoho...sampai je kat PRC terus buat DMA sambung yang semalam...there are 14 samples more to test..this will only finished untill next week..harap-harap dapat siapkan next week jugak sebab 17 & 18 hb saya nak cuti,nak p melaka..tak sabar rasanya..(^_^)


Sementara tunggu sample DMA 1 hour and 30 min, saya buat daily checkup dulu, transfer liquid nirogen..yang bestnya hari ni tak payah tukar gas..=)


Then, sambung cutting samples..rasanya dah beratus kali cut samples sampai dah expert nk guna instrument tu..banyaknya nak kena cut,100 lebih jugak la...tak kisahla asalka ada kerja nak buat daripada duduk dalam ofis  ...=)


Hari ni sempat buat 3 sahaja samples untuk DMA..sambung esok pulak...
Sangat penat tapi berbaloi sebab dapat belajar sesuatu..Supervisor saya sangat baik..ajar saya banyak benda yang saya tak tahu ..


Moga Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan pekerjaan ini...=)

Tuesday, January 4, 2011

I LEARN DMA...=)

Bismillah...


Segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya yang tidak terhingga..Hamba bersyukur Ya Allah kerana masih lagi diberikan kudrat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba..


Subhanallah, today I have so many works to do..Starting from daily checkup maintenance as usual, I have to change three "tong" gas that very heavy...continued with measuring the width and thickness of 18 samples using micrometer..that one not take time..I finished measuring before lunch...
Hari ni lunch K.Wani bawak pi makan kat Restoran Nasi Kandar Pelita..area situ jugak..boleh tahan la lauk kat situ..not bad but quite spicy...=p


Then, after lunch.. Miss Pang asked me to cut samples of PSR...110 for MD and 110 for TD...
That's mean the total pieces are 220...Aduh..banyaknya..
I think I can finish it today but not enough time because Miss Pang wanted to teach me how to operate DMA (Dynamic Mechanical Analysis)...I'm very excited to learn this..=)


Bukannya susah nakk operate DMA nih...mcm K.Wani cakap,staff kat sini tahu handle instrument sebab diorang dah selalu buat...so never give to learn and try again...ok
Mula-mula tu agak susah la sebab nak ingat step by step how to operate that DMA..need to setting,adjust and wait..the difficult part is to adjust the sample correctly in centre...hmm...memang menguji kesabaran...
if the graph show the blue circle out of the limits, then I need to open back the sample and adjust again..
every sample need to be run 1 hour 30 min...I need to run 18 samples..Oh my God..until next week it can be finished...nevermind..=)..its better I have work to do rather than sitting in the office ( get bored)..
So,2 sample dah settle...There are 16 more to go...Ya Allah, give me strength to work..ikhlaskan hati hamba dalam setiap pekerjaan yang hamba lakukan..Amin

Monday, January 3, 2011

JALAN JUANG



Tiada yang lebih indah dari menggapai redha Allah,
Tiada yang lebih manis dari merasai halawatul iman,
Di jalan ini, aku bertemu makna kehidupan..
Di jalan ini,aku mengerti hakikat sebagai hamba..
Di jalan ini, aku mngejar cinta Allah..
Di jalan ini, aku mencari redha Allah
D jalan ini, aku mendamba syurga Allah..
Ya Rabbi, bimbinglah hamba menuju redhaMu,
Ya Rabbi, tetapkan hati hamba di dalam agamaMu,
Sesungguhnya hanya kepada Engkau Ya Allah hamba memohon pertolongan,
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Mu..


PRC Banjir??..

Bismillah...


Hari ini berlaku satu peristiwa yang menggemparkan di PRC (Polymer Research Centre)...
Pagi-pagi sampai terkejut tengok air melimpah dari lab...apa dah jadi nih??
Tenggelam jugak kasut saya...check2 kat lab mana datang air nih...rupa-rupanya dari filter yang tak off..
sapa punya kerja la nih??so..semua orang bekerjasama nak buang air melimpah tu..mop dua tiga kali baru kering...dekat sejam jugak nak setelkan air tu..then baru saya boleh buat daily checkup macam biasa..
Hari ni jugak ada new chemist datang..she's very nice..tak sempat nak borak-borak dengan dia hari ni sebab banyak kerja kena settle..


Habis checkup, tolong Miss Pang buat measuring width and thick of sample sampai waktu lunch..Lepas lunch, sambung buat cutting untuk sample PP(polypropelene) dan MD-TD..MD tu machine direction and TD is transfer direction..Miss Pang asked for 40 for each MD and TD..that's mean I have to cut for 80 times..It takes almost 2 1/2 hours I think..lepas tu sakit pinggang sebab lama berdiri...lepas solat ok la sikit..
Tapi sebelum balik kerja, I did a mistake that I don't know how it is effect..Miss Pang, I'm so sorry..Hope everything will be fine..(-_-)


Ya Allah...Permudahkan urusan hamba dalam kerja ini..
Ikhlaskan hati hamba di atas segalanya..Amin..